-
Di mana ada kedai buku besar?
"na2er" bermaksud "di mana",
"you3" bermaksud "ada",
"da4 de" bermaksud "besar",
"shu1","buku".
"dian4", "kedai",
"shu1 dian4" ialah "kedai buku",
-
Saya mahu membeli sebuah kamus.
"wo2 yao4" bermaksud "saya mahu".
"mai3" bermaksud "membeli".
"ben3" merupakan penjodoh bilangan bagi buku, "buah". Di sini "yi1" yang bermaksud "satu" tidak disebut.
"zi4 dian3", "kamus".
-
Saya mahu membeli sebuah buku panduan Beijing.
"wo2 xiang3" bermaksud "saya mahu".
"mai3" bermaksud "membeli".
"ben3" merupakan penjodoh bilangan bagi buku.
"dao3 you2" bermaksud "pemandu".
"shou3 ce4" bermaksud "brosur".
-
Tumpang tanya, di tingkat berapa novel dalam bahasa Inggeris dijual?
Kedai buku yang besar di Beijing biasanya bertingkat-tingkat. Jika saudara mahu membeli novel dalam bahasa Inggeris, saudara boleh bertanya "qing3 wen4 ying1 wen2 xiao3 shuo1 zai4 ji3 ceng2 mai4?"
"qing3 wen4", "tumpang tanya".
"ying1 wen2" bermaksud "bahasa Inggeris".
"xiao3 shuo1", "novel".
"zai4" bermaksud "di".
"ji3 ceng2" bermaksud "tingkat berapa".
"mai4", "menjual".