Pelajaran 24 Di Kedai Buku

 Hubungi CRI
 

Semasa saudara menghubungi teman-teman China melalui telefon, ayat-ayat seperti "有空来坐坐" (you3 kong4 lai2 zuo4 zuo4) atau "有空来玩" (you3 kong4 lai2 wan2) yang bermaksud "Silalah datang ke rumah saya" sering disebut untuk menyampaikan rasa persahabatan teman itu terhadap saudara, tetapi ini tidak bermakna dia benar-benar mengundang saudara pada masa itu.
Kunjungan antara teman dan rakan tidak begitu rasmi di China. Biasanya, saudara tidak perlu menetapkan waktu jika mengundang teman ke rumah. Jika saudara ingin mengunjung teman, saudara hanya perlu memberitahunya sebelum kunjungan dibuat, asal sahaja teman saudara itu ada di rumah. Dengan berubahnya cara kehidupan dan pesatnya pembangunan telekomunikasi moden, kunjungan serupa ini semakin hari semakin berkurang. SMS malalui telefon bimbit dan E-mail kini menjadi pengganti. Dalam tempoh Tahun Baru China 2008, jumlah SMS yang membawa salam perayaan mencatat angka 15 bilion.