-
Saya mahu menempah tiket penerbangan pergi balik ke Xi'an.
Jika saudara merancang melawat Xi'an, salah sebuah kota kuno yang terkenal di China. Apakah bahasa Mandarin untuk "Saya mahu menempah tiket penerbangan pergi balik ke Xi'an."? Saudara boleh berkata "wo3 xiang3 ding4 qu4 xi1'an1 de wang3 fan3 ji1 piao4". "wo3 xiang3", "saya mahu". "ding4", "menempah". "qu4", "pergi". "xi1'an1", ialah sebuah daripada empat ibu kota kuno dalam sejarah China. Bandar itu kini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di dunia kerana tapak-tapak peninggalan sejarah dan warisan budayanya. "de", kata bantu. "wang3 fan3", bermaksud "pergi baik". "ji1 piao", "tiket kapal terbang".
-
Ada diskaunkah?
Bagaimana caranya untuk bertanya tentang tiket diskaun? Saudara boleh kata "you3 da3 zhe2 de piao4 ma?" "you3", bermaksud "ada". "da3 zhe2", bermaksud "diskaun". "de", kata bantu. "piao4", "tiket".
-
Ada bagasi hendak didaftar masuk?
Ketika saudara mendaftar masuk di lapangan terbang, saudara akan ditanya "xing2 li tuo1 yun4 ma?" "xing2 li", "bagasi". "tuo1 yun4", "daftar masuk".
-
Bolehkah saya minta satu tempat duduk tepi tingkap?
"wo3 xiang3 yao4", "saya nak minta". "yi2 ge4", "sebuah". "kao4 chuang1 de", bermaksuk "yang tepi tingkap". "zuo4 wei4", "tempat duduk". "wo3 xiang3 yao4" diikuti dengan kata nama boleh meminta apa sahaja yang diingini. Contohnya, "wo3 xiang3 yao4 yi2 ge4 ping2 guo3", "Saya nak minta sebiji epal".
-
Saya tak jumpa bagasi saya.
Jika saudara tidak jumpa bagasi, saudara boleh meminta bantuan pekerja di lapangan terbang dan memberitahu mereka.
"wo3 zhao3 bu2 dao4 xing3li le". "wo3", "saya". "zhao3 bu2 dao4", "tak jumpa". "xing3 li", "bagasi". "le", kata bantu yang selalu diletakkan pada hujung ayat, selalu menunjukkan ada masalah yang baru berlaku.