Di China, apabila orang membuat panggilan telefon biasanya dimulakan dengan kata 喂(wei2). Di sini, 喂(wei2) ialah kata sapaan, sama seperti "helo" dalam bahasa Inggeris. Misalnya, orang China selalu mengatakan "喂(wei2), ini siapa?" atau "喂(wei2), awak nak bercakap dengan siapa?". Walau bagaimanapun, dalam bahasa Inggeris, terdapat perbezaan besar antara perbualan telefon dengan perbualan harian. Pada umumnya, ketika menjawab telefon, orang Barat akan beritahu nombor telefonnya atau nama pejabatnya dulu, seperti "Helo, ini John bercakap." atau "Helo, 52164768, ini Jim."
Yang menariknya, ketika orang China menyebut nombor Arab "1", mereka akan menyebut "yao1" bagi menggantikan "yi". Sebutan ini lebih banyak digunakan oleh angkatan tentera China ketika mereka melaporkan maklumat berangka. Tujuannya untuk mengelakkan salah faham akibat menyebut nombor-nombor yang bunyinya hampir sama.

