Jika saudara ingin bertanya sama ada boleh memakai internet di tempat kediaman, saudara boleh tanya begini:能上网吗? Bolehkah memakai internet? 能 néng, bolehkah. 上网 shàngwǎng , memakai internet.
Bagaimana membayar bil air, elektrik dan gas. 水电费 shuǐdiànfèi, bil air, elektrik. 和 hé, dan. 煤气费 méiqìfèi, bil gas. 怎么 zěnme, bagaimana. 交 jiāo, membayar.
Bila kita menandatangani kontrak? 我们 wǒmen, kita. 什么时候 shénme shíhou, bila. 签合同 qiān hétong, menandatangani kontrak.
我给你开个收据。 Wǒ gěi nǐ kāi gè shōujù.
Saya memberi resit kepada anda. Selepas saudara membayar sewanya, pemilik rumah itu akan memberikan satu resit. Dia akan berkata: 我给你开个收据. 我 wǒ, saya. 给你 gěi nǐ, memberi. 收据 shōujù, resit. 开个收据 kāi gè shōujù, memberikan resit.