Sebelum tahun 1980, “membeli rumah” dan “hartanah” merupakan perkara yang asing bagi rakyat China kerana hampir semua orang boleh mendapat rumah sekiranya mereka berkhidmat, dengan kerajaan atau sebarang perbadanan, dan hanya membayar sewa yang amat sedikit. Itulah yang dikenali sebagai sistem pengagihan rumah. Sistem itu telah dibatalkan mulai tahun 1990-an. Rumah pula, kini menjadi satu komoditi yang dijual-beli. Sekarang, “beli rumah” menjadi ungkapan yang menjadi perhatian rakyat China, khususnya bagi pemuda yang akan berkahwin. Bagi pemuda dari keluarga yang berpendapatan senderhana, jika ingin membeli rumah, biasanya mereka akan mendapatkan pinjaman dari bank. Kerana kebanyakan mereka tidak mampu membayar harga rumah sekali gus walaupun diberi bantuan oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka bersedia membeli rumah dan tidak mahu menyewa rumah kerana menurut pandangan mereka, membeli rumah lebih menguntungkan jika dilihat dari jangka panjang.

