-
Hari sudah lewat.
Bayangkan saudara menghadiri satu majlis. Hari sudah gelap dan saudara ingin meninggalkan majlis itu. Jadi, apakah yang perlu saudara ucapkan kepada tuan rumah?
Saudara boleh kata "shi2 jian1 bu4 zao3 le" yang bermaksud "hari sudah lewat".
"shi2 jian1" ialah "masa"."bu4"bermaksud "tidak"."zao3" bermaksud "awal"."le" merupakan kata bantu dan tiada makna."bu4 zao3 le", "sudah lewat".
-
Kami akan pulang.
Selepas menyatakan "shi2 jian1 bu4 zao3 le" kepada tuan rumah, saudara mungkin juga akan mengucapkan "kami sepatutnya pulang", iaitu "wo3 men2 gai1 zou3 le" . "wo3 men2", bermaksud "kami"."gai1" bermaksud "sepatutnya" atau "seharusnya". "zou3", bermaksud "berjalan"."le" di sini juga merupakan kata bantu.
-
Jumpa lagi!
"zai4 jian4" selalu digunakan dalam kehidupan seharian.
"zai4" bermaksud sekali lagi. "jian4" bermaksud "lihat".
-
Jaga diri baik-baik.
Jika saudara ingin mengucapkan "jaga diri baik-baik" kepada kawan dalam bahasa Mandarin, saudara boleh berkata: "duo1 bao3zhong4". "duo1" bermaksud "banyak". "bao3zhong4", "jaga diri".
Jadi "duo1 bao3zhong4", "jaga diri baik-baik".
-
Berhubung selalu.
"Berhubunglah selalu" dalam bahasa mandarin ialah"bao3 chi2 lian2 xi4"."bao3chi2" bermaksud mengekalkan atau terus."lian2xi4" bermaksud "berhubung".