-
Bolehkah saya menggunakan kad kredit?
Kita tahu bahawa kad kredit semakin kerap digunakan pada masa ini. Jadi, bagaimana mengatakan “bolehkah saya menggunakan kad kredit” dalam bahasa Mandarin? 可以刷卡吗?
可以 kěyǐ, boleh.
刷卡 shuā kǎ, menggunakan kad kredit.
吗 ma, ialah perkataan yang digunakan pada penghujung ayat tanya.
-
Bayar dengan wang tunai atau menggunakan kad kredit?
Kadang-kadang, saudara ditanya “bayar dengan wang tunai atau menggunakan kad kredit” apabila membeli-belah.交现金还是刷卡?
交现金 jiāo xiànjīn, bayar dengan wang tunai.
还是 háishi, atau.
刷卡 shuā kǎ,menggunakan kad kredit.
Saya mahu menjelaskan bahawa “是... 还是..shì...háishì” ialah format ayat tanya memilih. Saudara dikehendaki memilih salah satu daripadanya. Contohnya 您是交现金还是刷卡?. Ayat ini juga boleh diringkaskan, iaitu 交现金还是刷卡?
-
Saya menggunakan kad kredit.
信用卡 xìnyòngkǎ, kad kredit.
刷 shuā,di sini bermaksud “menggunakan”.
-
Sila tandatangan di sini.
Saudara juga diminta menandatangan: 请您在这里签字.
请 qǐng, sila.
您 nín, ialah kata sopan bagi 你 nǐ, anda.
在这里zài zhèlǐ, di sini.
签字 qiānzì, tandatangan.