Pelajaran 43 Menggunakan Kad Kredit

 Hubungi CRI
 

Pada masa dahulu, orang China suka membayar dengan wang tunai apabila membeli-belah. Malahan apabila melancong ke luar negara pun, mereka sering membawa banyak wang tunai. Akibatnya, wang yang dibawa mereka sering kali hilang atau dicuri orang. Walau bagaimanapun, sekarang ini, lebih ramai orang, khususnya orang muda, suka menggunakan kad kredit. Bank juga banyak yang mempromosikan kad kredit mereka dan menggalakkan penggunaan kad kredit melalui pelbagai cara. Contohnya, banyak bank yang menawarkan hadiah kepada pelanggan apabila mereka berbelanja dengan jumlah tertentu menggunakan kad kredit. Untuk mendapatkan hadiah tersebut pelanggan berlumba-lumba berbelanja dengan menggunakan kad kredit masing-masing. Akibatnya, ramailah orang China yang memiliki, bukan sahaja beberapa keping, malah berbelas-belas keping kad kredit.