-
Dompet saya hilang.
Jika saudara ingin melaporkan kehilangan kepada polis, saudara boleh berkata 我的钱包丢了.
我的 wǒde, yang saya punya.
钱包 qiánbāo,dompet.
丢了 diū le, hilang.
-
Kad kredit saya hilang juga.
Bagaimana berkata “kad kredit saya hilang juga” dalam bahasa Mandarin? 我的银行卡也丢了.
我的 wǒde, yang saya punya.
银行卡 yínháng kǎ, kad kredit.
也 yě, juga.
丢了 diū le, hilang.
"了 le" ialah kata bantu. Ia terletak di hujung ayat untuk menandakan penyelesaian perbuatan itu.
-
Anda perlu melaporkan kehilangan secepat mungkin.
那 nà, jadi.
你 nǐ, anda.
赶快 gǎnkuài, secepat mungkin.
挂失 guàshī, melaporkan kehilangan.
吧 ba,juga merupakan kata bantu yang terletak di hujung ayat untuk menandakan cadangan.
-
Anda boleh mengambil kad baru selepas seminggu.
Berapa lama untuk mendapatkan kad baru? Biasanya memerlukan lima hari bekerja. Kadang-kadang ia memerlukan seminggu. Pekerja di bank mungkin akan memberitahu anda bahawa 一个星期以后来取.
一个星期 yí gè xīngqī, seminggu.
以后 yǐhòu, selepas.
来取 lái qǔ, mengambil.