"拾金不昧 (shí jīn bú mèi)"yang bermaksud “memulangkan barang yang dijumpai kepada pemiliknya” merupakan budi bahasa dalam tradisi China. Di negeri China, biasanya pejabat “Hilang dan Jumpa” akan diletakkan di lapangan terbang, stesyen kereta api, stesyen kereta api bawah tanah, stesyen teksi dan tempat awam lain supaya orang dapat memulangkan barang yang dijumpai atau mencari barang yang hilang. Sekarang laman sesawang “Hilang dan Jumpa” juga sudah beroperasi. Barang-barang yang dijumpai dan hilang ini pelbagai jenisnya, termasuk sarung tangan, anak kunci, telefon bimbit, komputer riba, buku simpanan dan wang tunai, malah beg pakaian yang diletakkan dalam tempat barang di belakang teksi.
Ingat: Anda mesti melaporkan kehilangan di balai polis dengan secepat mungkin sekiranya yang hilang itu barang berharga.

