Biasanya, orang China berjumpa doktor di hospital tertentu atau di hospital yang boleh memberikan pampasan insurans perubatan. Mereka juga boleh pergi ke mana-mana hospital yang lain. Ada orang suka berjumpa doktor Barat, ada pula yang suka berjumpa doktor perubatan tradisional China. Jika perlu, kita juga boleh pergi ke hospital khusus seperti Hospital Mulut, Hospital Mata, Hospital Bersalin atau Hospital Kanak-kanak. Kita boleh mendapatkan ubat dengan preskripsi yang dikeluarkan oleh doktor di hospital. Untuk menjimatkan masa, kita juga boleh membeli ubat di kedai ubat atau formasi. Tetapi ubat-ubatan yang dijual di kedai ubat biasanya terdiri daripada dua jenis, iaitu yang perlu kepada preskripsi dan yang tanpa preskripsi. Kita perlu berhati-hati ketika membeli ubat tanpa preskripsi ini, dan kita tidak boleh makan ubat tersebut sesuka hati.

