Pelajaran 48 Di Kedai Ubat

 Hubungi CRI
 

Ubat tradisional China dapat mengharmonikan badan, meningkatkan sistem imun dan memberikan kesan negatif yang amat sedikit. Oleh itu, ubat tradisional China menjadi pilihan pertama ketika orang China mengubati penyakit kronik, atau bagi pesakit yang tua dan kanak-kanak.
Farmasi China membekalkan ubat tradisional China dan pelbagai jenis herba. Staf di farmasi biasanya menerima latihan profesional dan akan memberikan herba yang betul menurut preskripsi anda. Proses ini dikenali sebagai 抓药 (zhuā yào).
Biasanya, bahan-bahan aktif dalam herba perlu direbus dahulu. Proses ini dikenali sebagai 煎药 (jiān yào). Disebabkan proses ini amat rumit, sesetengah farmasi akan memberikan khidmat melaksanakan proses ini untuk pelanggan. Sesetengah ubat tradisional China digunakan hanya di luar badan, seperti ubat lebam dan sebagainya. Manakala sesetengahnya pula, digunakan pada kulit sahaja. Di farmasi, pelanggan boleh memberitahu gejala-gejala penyakit kepada staf farmasi dan mereka akan membantu untuk memilih ubat yang sesuai.