Pelajaran 49 Di Wad Kecemasan

 Hubungi CRI
 
  • Cepat, panggil ambulans!
    Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering menghadapi pelbagai keadaan cemas. Jika kemalangan jalan raya berlaku, dan terdapat orang yang memerlukan pertolongan cemas, anda boleh berkata: 快叫救护车! kuài jiào jiùhùchē
    快 kuài, cepat.
    叫 jiào, panggil.
    救护车 jiùhùchē,ambulans.
  • Dia berdarah banyak. Mungkin orang yang cedera itu berdarah. Anda boleh mengatakan 他流了很多血.
    他 tā, dia.
    流 liú, mengalir.
    了 le, di sini merupakan kata bantu yang digunakan di belakang kata kerja yang menandakan hal itu sudah berlaku.
    很多 hěn duō, banyak.
    血 xiě, darah.
  • Adakah nyawanya dalam bahaya?
    Jika anda mahu menanyakan keadaan mangsa yang cedera, anda boleh bertanya kepada doktor begini: 没有生命危险吧?
    没有 méiyǒu, tiada.
    生命 shēngmìng, nyawa.
    危险 wēixiǎn, bahaya.
    吧 ba,merupakan kata tanya yang digunakan di akhir ayat.
  • Eloklah tinggal di hospital beberapa hari untuk dirawat.
    Biasanya, doktor mengatakan 最好住院观察几天.
    最好 zuìhǎo, sebaiknya.
    住院 zhùyuàn, tinggal di hospital.
    观察 guānchá , memantau atau rawat.
    几天 jǐ tiān, beberapa hari.