Ada orang mengatakan bahawa perubatan tradisional China memberikan kesan yang perlahan dan agak lambat, jadi hanya sesuai untuk mengubati penyakit kronik. Sebenarnya perubatan tradisional China sangat berkesan dalam rawatan cemas. Buku-buku perubatan China purbakala yang sangat terkenal, seperti “黄帝内经(Huángdì Nèi Jīng)”, “伤寒论(Shānghán Lùn)” dan “备急千金方(Bèi Jí Qiān Jīn Fāng)” mengandungi ilmu rawatan cemas perubatan tradisional China. Cara rawatan cemas yang agak tradisional termasuk akupunktur, mengikir leher, dada atau punggung, menyambung tulang, urut dan lain-lain. Sekarang ini, terdapat juga ubat-ubat tradisional China dalam bentuk semburan dan pil. Bagi pesakit jantung akut, mereka boleh makan “速效救心(Sùxiào Jiù Xīn)”. Jika ada orang yang tiba-tiba koma, kita boleh menekan titik akupunktur “人中”, iaitu antara hidung dan bahagian atas bibir. Kaedah-kaedah ini telah menjadi pengetahuan rawatan cemas yang asas bagi orang China.

