Pelajaran 63 Menyaksikan Opera Peking

 Hubungi CRI
 
  • Saya nak ajak awak menyaksikan Opera Peking.
    Opera Peking dikenali sebagai opera kebangsaan China dan ia dianggap seni budaya China yang paling tinggi tarafnya.Jadi, bagaimana menyatakan “saya nak ajak awak menyaksikan Opera Peking” dalam bahasa China? 我请你去看京剧.
    我 wǒ, saya.
    请 qǐng, “mengajak”, “menjemput”.
    你nǐ, awak.
    去 qù, pergi.
    看 kàn, menyaksikan.
    京剧 jīngjù, Opera Peking.
    我请你去看京剧. Saya nak ajak awak menyaksikan Opera Peking.
  • Adakah sari kata? Kadang-kadang, sari kata bagi opera ini juga ditayangkan serentak dengan persembahannya, untuk membantu penonton yang tidak faham atau fasih berbahasa China mengetahui erti opera ini. 有没有字幕?
    有yǒu, ada.
    没有 méiyǒu, tidak ada.
    字幕 zìmù, sari kata.
    有没有字幕? Adakah sari kata?
  • Mari kita matikan telefon bimbit.
    Di kebanyakan panggung, penonton dikehendaki mematikan telefon bimbit. Saudara boleh kata: 咱们把手机关了吧。
    咱们 zánmen, kita.
    手机 shǒujī, telefon bimbit.
    关 guān, “menutup” atau “mematikan”.
    咱们把手机关了吧. Mari kita matikan telefon bimbit.
  • Wah, cantik sungguh mekapnya!
    Dalam Opera Peking, lukisan wajah atau mekap memainkan peranan yang amat penting, lukisan yang berbeza menandakan watak yang berbeza. Misalnya, mekap yang berwarna merah melambangkan keberanian, kejujuran dan kesetiaan. Mekap putih pula melambangkan makna yang buruk, suka menipu atau watak yang licik. Sekiranya anda hendak menyatakan: “Wah, cantik sungguh mekapnya!”, anda boleh kata多漂亮的脸谱!
    多 duō, di sini bermaksud sungguh.
    漂亮的 piàoliang de, cantik,indah.
    脸谱 liǎnpǔ, “mekap”, atau “lukisan wajah”.
    多漂亮的脸谱! Wah, cantik sungguh mekapnya!