Pelajaran 13 Di Restoran China

 Hubungi CRI
 

  • Apa hidangan istimewa di restoran ini?
    Biasanya, semasa makan di restoran China, kita akan bertanya "ni3 men2 you3 she2 me te4 se4 cai4" kepada pelayan, iaitu "Apa hidangan istimewa di restoran ini?" Sebab masakan China beraneka ragam, rasanya juga berbeza-beza antara di pelbagai tempat di China. Misalnya, masakan Sichuan agak pedas, manakala masakan Shanghai agak manis. Sebelum memilih hidangan, kita perlu tanya dulu apa yang kita mahu.
    "ni3 men2", "kamu".
    "you3","ada".
    "shen2 me", "apa".
    "te4 se4" bermaksud "ciri-ciri khas".
    "cai4" bermaksud "masakan".

  • Adakah saudara perlu menggunakan pisau dan garpu? Sepit merupakan sejenis alat untuk makan yang sangat berciri khas China. Orang asing mungkin sukar menggunakan sepit untuk makan. Oleh sebab itu, pelayan China biasanya akan bertanya "ni2 xu1 yao4 dao1 cha1 ma?" Adakah saudara perlu menggunakan pisau dan garpu?
    "xu1yao4" bermaksud "perlu".
    "dao1" ialah "pisau".
    "cha1" ialah "garpu".
    "ma" merupakan kata tanya yang bermaksud "adakah".

  • Adakah saudara mahu minum teh merah?
    Teh merupakan minuman tradisi China. Jika saudara makan bersama orang China dan mahu menanyakan dia adakah mahu minum teh merah, saudara boleh berkata "qing3 wen4 ni3 yao4 hong2 cha2 ma?" Adakah saudara mahu minum teh merah?
    "qing3 wen4" bermaksud "tumpang tanya" dalam bahasa Mandarin. Orang China selalunya akan kata "qing3 wen4" dulu sebelum bertanya kepada orang lain, tanda bersopan.
    "ni3", "saudara atau kamu".
    "yao4", "mahu".
    "hong2 cha2", teh merah.
    ma merupakan kata tanya dan biasanya diletak pada hujung ayat.

  • Kita masing-masing membayar bil sendiri
    Semasa makan bersama di restoran, pemuda China selalu juga membayar bil masing-masing. Jika saudara mahu membayar bil bersama-sama orang lain, saudara boleh berkata "wo3 men2 AA zhi4 ba".
    "wo3 men2", "kita".
    "AA zhi4" bermaksud "masing-masing membayar bil sendiri".
    "ba" merupakan kata kosong di sini.