Pelajaran 13 Di Restoran China

 Hubungi CRI
 

Masakan China sangat terkenal di dunia. Berdasarkan statistik, di China terdapat lebih 10 ribu jenis masakan yang berlainan. Tempat-tempat China beransur-ansur membentuk pelbagai masakan yang sangat berciri tempatan. Antaranya terdapat lapan jenis siri masakan tempatan yang paling terkenal, iaitu masakan Shandong, masakan Sichuan, masakan Guangdong, masakan Jiangsu, masakan Zhejiang, masakan Fujian, masakan Hunan dan masakan Anhui. Siri masakan tempatan tersebut sangat berbeza dari segi rasanya. Misalnya, masakan Sichuan rasanya agak pedas, masakan Jiangsu agak manis dan masakan Guangdong agak ringan.
Jiaozi ialah sejenis makanan ladu yang diwarisi turun temurun lebih 1000 tahun di China dan merupakan makanan yang paling disukai oleh orang China. Daging dan sayur cencang dimasukkan ke dalam aduan tepung beras dan dibuat menjadi Jiaozi. Jiaozi ini dimasak dalam air mendidih.Oleh kerana rupanya seperti mata wang emas dan perak pada zaman kuno China, orang China suka makan Jiaozi pada hari perayaan dan berharap dapat menjadi kaya.