'Hormati Tamadun Masing-masing, Batu Asas Diplomasi Damai' - Bekas PM Perancis

2024-05-20 14:21:58  CRI
Share with:

 "Keistimewaan yang paling menonjol dalam hubungan Perancis-China adalah unsur kebudayaannya. Perancis dan China mewakili dua tamadun yang amat bersejarah, yang mana patut dihormati seluruh dunia. Menghormati tamadun negara masing-masing adalah batu asas bagi pembinaan diplomasi damai."

Demikian dinyatakan bekas Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin ketika bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

“Kita amat jelas, tamadun China mempunyai sejarah lama dan pengaruh yang kuat, sama seperti tamadun Yunani dan tamadun Latin. Maka, dunia ini dikehendaki memahami hubungan antara kebudayaan yang pelbagai yang menekankan rasa hormat dan meraikan pendapat yang berbeza dalam suasana yang harmoni.

“Saya menganggap ini nampaknya lebih penting pada masa ini. Perancis dan China membangunkan negara dengan model yang berbeza, dan sebagai negara berdaulat melaksanakan dasar yang berlainan. Bagaimanapun dalam konteks global, kedua-dua negara ini bersama-sama memilih menghormati kepelbagaian dan berharap pelbagai negara dapat menebus persamaan dan meraikan pendapat yang berbeza demi pembangunan bersama,” kata beliau. 

Ketika menyebut buku “Xi Jinping:The Governance of China” yang pernah dibacanya dengan amat teliti, Raffarin berkata, 

"Saya fikir bahawa adalah sangat penting bagi seseorang pemimpin menulis dengan jelas visinya tentang pembangunan negara. Falsafah politik Xi termaktub dalam buku itu secara hitam putih. Saya menganggap ini dapat membabntu dunia luar mengetahui harapan pemimpin itu terhadap negaranya pada masa depan dan hala tuju pembangunan negara di bawah bimbingannya.

“Saya fikir bahawa terdapat beberapa aspek yang amat penting bagi China malah dunia, memandangkan China berperanan penting di persada dunia pada masa ini, dan sewajarnya dikehendaki membawa sinar harapan yang lebih banyak kepada dunia.

“China mempunyai kedudukan yang amat penting di Majlis Keselamat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahkan seluruh dunia, dan mampu menggalakkan keamanan dunia. Tambahan pula, rakyat China tidak pernah melancarkan perang terhadap negara lain. Maka, kita mempunyai harapan yang pertama , iaitu China tidak berganjak dari menganjurkan cadangan kedamaiannya," ujar Raffarin.

“China antara enjin pertumbuhan ekonomi dunia. Oleh itu, kita memberikan perhatian besar terhadap pembangunan ekonomi China terutamanya dalam bidang pembaharuan dan pelaksanaan dasar pintu terbuka yang mana merupakan momentum kuat bagi pertumbuhan ekonomi di negaranya selama ini.

“Generasi muda di China pandai, rajin dan konsisten dalam mencetuskan inovasi. Dunia ini memerlukan inovasi, sedangkan China adalah negara yang begitu inovatif. Justeru, kita yakin negara ini boleh membawa sinaran harapan yang berkaitan pelbagai aspek, ” tambah beliau.