Cuti-Cuti Subway: Muzium Negara China
2024-06-03 18:29:13 CRI
Tahukah anda, Muzium Negara China merupakan muzium ketiga paling banyak dikunjungi di dunia. Dengan keluasan ruang lantai hampir 200,000 meter persegi, muzium ini diangkat sebagai muzium tunggal terbesar di dunia.
Menempatkan lebih 1.4 juta koleksi meliputi artifak kuno dan moden, karya seni dan pelbagai lagi merentasi sepanjang zaman khususnya dari dinasti-dinasti sebelum ini.
Malah di sini juga menempatkan 10 artifak yang paling bernilai di China.
Jadi dalam episod Cuti-Cuti Subway kali ini, Isa dan Latifah nak bawa anda semua terokai apa yang menarik ada di dalam muzium ini. Jom!