Kemanusiaan Berakar di Tradisi dan Kebudayaan China

2024-06-11 13:55:21  CRI
Share with:

Prinsip kemanusiaan antarabangsa berakar di tradisi China, ujar Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric Egger ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.


Ketika mengenang kembali lawatan rasmi pertamanya ke China setelah menyandang jawatan Presiden ICRC, Spoljaric menyifatkan pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping pada September tahun lepas signifikan, dan berbesar hati kerana Xi komited terus mementingkan kemanusiaan. 


"China sebagai penggiat politik, ekonomi, kedamaian dan keselamatan baik dalam senario global mahupun senario serantau, diharap berperanan dan bersuara lantang dalam menggalakkan pelbagai negara menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya.


Ketika menghadiri Persidangan Penganugerahan Nightingale Ke-49 yang merupakan sebahagian dalam jadual lawatannya ke China pada 5 September 2023, Spoljaric telah mengucap tahniah kepada China, negara yang memenangi paling banyak hadiah dalam temasya itu.


"Saya terharu ketika melihat jururawat China yang teruja menerima hadiah terbabit, yang dilaporkan bersemangat budiman dan dermawan dalam menjalankan tugasan kemanusiaan masing-masing," ujarnya.


Beliau menambah, ICRC berharap agar bersama dengan China, negara penyokong teguh bagi kerja ICRC, membuahkan hasil yang memberangsangkan dan konkrit melalui wahana kerjasama yang sedia ada dan perjanjian yang termeterai. 


Sementara itu, Spoljaric juga menyeru pelbagai negara agar membela keberkecualian pertubuhan itu dan melindungi amalan yang berkecuali dalam sebarang tindakan kemanusiaan, kerana keberkeculian adalah prasyarat untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dalam situasi yang amat rumit dan keganasan ekstrem.