Dialog dan Rundingan, Cara Bijak bagi Selesaikan Pergeseran Perdagangan China-Eropah

2024-06-25 15:27:22  CRI
Share with:

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao mengadakan rundingan dengan Timbalan Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah merangkap Pesuruhjaya Perdagangan, Valdis Dombrovskis secara maya, pada 22 Jun lalu. 


Kedua-dua pihak bersetuju untuk melancarkan rundingan mengenai kes siasatan antisubsidi Kesatuan Eropah (EU) ke atas kenderaan elektrik (EV) buatan China. 


Menurut laporan media Eropah, rundingan antara kedua-dua pihak akan dimulakan di pelbagai peringkat dalam masa beberapa minggu akan datang. 

Ini menandakan bahawa China dan Eropah mempunyai keinginan untuk mengawal pergeseran perdangan melalui dialog dan rundingan supaya mengelakkan ia menjejaskan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak.


Naib Canselor merangkap Menteri Ekonomi dan Perlindungan Iklim Jerman, Robert Habeck mengadakan lawatan ke China pada hujung minggu lalu. Menurut pandangan umum, lawatan Habeck ini bertujuan untuk meredakan persegeran perdagangan antara China dengan Eropah. Habeck pula beranggapan bahawa kenaikan tarif adalah cara yang paling buruk pada masa ini. "Hanyalah dialog dan rundingan adalah cara bijak untuk menyelesaikan masalah".


Pada beberapa tahun kebelakangan ini, EU sering mencetuskan pergeseran perdagangan dengan China. EU mendakwa bahawa kenaikan tarif terhadap EV China bertujuan untuk “melindungi” industri pembuatan kenderaan Eropah. 


Walau bagaimanapun, suara bantahan dari kalangan politik dan perindustrian Eropah terhadap tindakan itu semakin lantang. 


Menurut analisis media Eropah, bantahan dari dalaman EU serta kebimbangan tentang tindak balas China menjadikan lebih ramai individu di Eropah menyedari bahawa peningkatan tarif akan membawa kesan yang buruk dan mereka bersedia menyelesaikan masalah melalui rundingan.


Amalan perlindungan tidak dapat melindungi daya saing. Industri tenaga baharu di China berkembang maju dalam persaingan sengit di pasaran, tetapi bukanlah kerana memperoleh subsidi malah tiada kaitan dengan persaingan kurang adil. 


China tidak mahu melihat pergeseran perdagangan dengan Eropah menjadi lebih buruk, dan bersedia menyelesaikan masalah melalui dialog dan perbincangan. 


Seperti kenyataan ahli ekonomi Jerman, Ferdinand Dudenhöffer, “Eropah dan China mengadakan kerjasama barulah dapat membawa manfaat kepada kedua-dua pihak”.