Cuti-Cuti Subway episod 5: Dashilan

2024-07-20 15:02:15  CRI
Share with:


Cuti Cuti Subway kembali lagi! Dalam episod 5 ini, Isa dan Latifah nak bawa anda semua terokai hutong yang paling bersejarah dan terkenal di Beijing iaitu, Dashilan Street di Qianmen.


Dikatakan Dashilan Street ini wujud pada Dinasti Yuan (1271-1368), dan lokasi ini menerima kunjungan antara 150,000 ke 160,000 pelancong setiap hari sama ada tempatan atau pelancong asing. 


Meskipun mempunyai sejarah lebih 500 tahun, kebanyakan seni binanya masih dijaga dengan baik. Kedai-kedai lama dan jenama klasik yang terkenal pada suatu ketika dahulu pun masih ada di sini.