Cuti-Cuti China Episod 1: Hangzhou
2024-07-28 14:06:29 CRI
Hangzhou yang terletak di provinsi Zhejiang dikatakan sebagai salah satu bandar paling cantik di China, kerana mempunyai panorama alam semula jadi yang indah, tapak-tapak bersejarah yang mengagumkan selain hidangan tradisional yang lazat.
Episod 1 Cuti-Cuti China, Isa dan Latifah nak bawa anda semua jalan-jalan di Tasik Xihu atau dikenali sebagai West Lake, yang merupakan destinasi pelancongan paling terkenal di Hangzhou. Lokasi ini juga dikenali sebagai "syurga di Bumi" dalam kalangan masyarakat China.