Eksport Durian Segar Malaysia Tembusi Pasaran China

2024-08-05 15:56:25  CRI
Share with:

Selaku negara pengimport durian yang terbesar di dunia, China sentiasa menduduki tempat pertama dalam ranking import durian, iaitu menyumbang sebanyak 80 peratus daripada pengeluaran durian tahunan seluruh dunia.


Untuk rekod, bilangan durian yang diimport dari negara-negara Asia Tenggara ke negara Tembok Besar itu dicatatkan bernilai USD 6.7 bilion (RM29.64 bilion) pada tahun lepas.


Durian Musang King Malaysia yang dijual di pasaran China adalah dalam bentuk sejuk beku, jadi ketiadaan buah segarnya membuatkan ramai pencinta durian China berasa menyesal. 


Kumpulan pertama durian segar diimport dari Malaysia yang dijadual menembusi pasaran China buat September nanti, diyakin dapat memenuhi selera para pencita durian, sambil menyuntik kedinamikan baharu kepada pasaran durian China.