Proton, Geely Perkasa Kerjasama, Aktif Teroka Pasaran EV di Asia Tenggara

2024-08-21 11:40:46  CRI
Share with:

Syarikat pengeluar kereta Malaysia Proton Holdings Bhd (Proton) membuka Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton China yang terletak di Teluk Hangzhou, Ningbo, provinsi Zhejiang pada April tahun ini.


Proton menghantar sembilan kakitangan dari Malaysia ke China untuk menjalankan kerjasama secara mendalam dengan syarikat pengeluar kereta China, Geely. 


Barisan pengeluaran Geely yang bertaraf tinggi dari segi automatik dan kepintaran kenderaan tenaga baharu (EV) telah membantu Proton mengurangkan kos pembuatan, sambil  menaik taraf daya saing automobil keluarannya..