Peranan China dalam Penyelesaian Konflik di Asia Barat Dihargai
2025-03-17 07:07:17
Share

Masyarakat antarabangsa perlu membantu menamatkan konflik antara Lubnan dan Israel sehingga menyelesaikan isu berkenaan secara tuntas, kata mantan Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab.

Diab berkata Lubnan tidak mendapat layanan yang adil dan menerima impak serius akibat konflik itu.

Menurut beliau, teras konflik itu ialah fakta bahawa rakyat Palestin mengalami kesengsaraan selama 80 tahun.

"Mereka mungkin satu-satunya bangsa di dunia yang dikepung, diserang dan dibunuh pada masa ini.

"Saya berpendapat penyelesaian tunggal adalah membolehkan rakyat Palestin menubuhkan sebuah negara berdasarkan garis sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," kata Diab dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).

Diab berpendapat China selaku kuasa besar boleh memainkan peranan penting bagi menyelesaikan konflik secara damai dan China telah memberi sumbangan dalam hal ini.

Tambah beliau, China sentiasa merupakan kawan kepada Lubnan dan negara-negara di rantau Asia Barat.

"Lubnan dan China menjalin hubungan perdagangan sejak sekian lama.

"Dalam arena politik, China juga memainkan peranan yang positif," kata Diab.

Menurut beliau, China yang berlaku adil boleh menyumbang tenaga konstruktif ke arah merealisasikan pelaksanaan formula 'penyelesaian dua negara'.