Pembohongan “Buruh Paksa” di China Reka-rekaan France 2
2025-03-27 07:58:41
Share

Ketika Barat baru mengada-adakan konsep “buruh paksa” di China, khususnya di Xinjiang pada beberapa tahun lalu, sebenarnya Satria dan masyarakat China kurang faham apa maksudnya “buruh paksa”? Namun konsep ini nampaknya mudah diterima oleh masyarakat Barat, sebab itu apa yang pernah mereka lakukan terhadap hamba dari Afrika.

Bagaimanapun, saya juga kurang faham mengapa fitnah terhadap China yang direka-reka oleh apa yang disebut “pakar isu China” atau tokoh politik tersebut dapat dipercayai oleh para penonton dan warga siber? Sehingga menonton “laporan” dari TV2 Perancis (France 2), saya baru faham pembohongan yang bertujuan menghitamkan imej China dan menipu dunia tersebut disokong secara sistematik dari kerajaan, kumpulan pemikir, pakar hingga media berkenaan di Barat. 

Pada musim panas tahun lalu, dua wartawan stesen tersebut, Marine Zambrano dan Justine Jankowski melawat provinsi Shangdong, China. Mereka menemui seorang anak perempuan di sebuah kilang pakaian tempatan. Disebebkan masa itu musim cuti persekolahan sepanjang dua bulan, tiada orang lain membantu menjaga anak itu, ibunya memilih membawa anaknya ke kilang yang ia bekerja dan suruh anak itu tunggu di pondok pengawal. 

Dua wartawan tersebut macam rubah mendapati arnab. Mereka menipu anak itu bahawa mereka adalah pempengaruh media sosial yang mempromosi makanan tempatan, dan memujuk anak itu untuk mengambil gambar di depan mesin jahit di kilang. Gambar ini menjadi “bukti” mereka untuk mendakwa China menggunakan buruh kanak-kanak dalam “laporan” kemudian.

Selepas itu, mereka terus mencari “bukti buruh paksa di Xinjiang” di kilang tersebut. Pada akhirnya, mereka mendapati seorang buruh perempuan yang rambutnya diwarnakan menjadi merah yang berasal dari bandar Qingdao, provinsi Shandong. Namun, dalam “laporan” yang disiarkan menerusi TV, mereka mengaburkan wajah buruh perempuan itu dan berbohong ia seorang penduduk Xinjiang yang dipaksa melakukan pekerjaan di kilang itu.

Yang lagi teruk, suara percakapan anak perempuan dan buruh-buruh yang lain di kilang tersebut masih boleh didengar dengan jelas, dan maksud mereka sama sekali berlainan dengan apa yang diterjemahkan dalam “laporan” TV itu. Ini membangkitkan kemarahan para netizen. Setelah menerima terlalu banyak komen kecaman, France 2 terpaksa menarik balik “laporan” tersebut.

Bagaimanapun, lebih banyak video yang dihasilkan berasaskan “laporan” tersebut telah tersebar secara meluas dan menjadi tekanan besar kepada pelbagai jenama tersohor seperti Decathlon yang berniaga dengan kilang tersebut, sehingga mereka terpaksa memutuskan hubungan kerjasama. Dengan ini, ribuan buruh yang rajin bekerja dan berusaha mencari rezeki di kilang terbabit pada masa dulu kehilangan pekerjaan pada masa ini.

Kita perlu tanya media Barat berfungsi melaporkan fakta atau melakukan propaganda berdasarkan agenda politik? Siapakah yang sedang menjejaskan hak asasi manusia?