Kemajuan Hak Asasi Xizang Jelas Terpapar 
2025-03-30 07:56:26
Share

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan Wilayah Autonomi Xizang China.

Kertas putih mengenai kemajuan hak asasi manusia di Xizang pada era baharu yang disiarkan baru-baru ini mempamerkan perubahan besar dialami wilayah itu dalam beberapa dekad lalu secara menyeluruh dan objektif.

Hidup merupakan asas bagi menikmati segala hak asasi. Sebelum pembebasan secara damai dicapai di Xizang pada 1951, hamba tani di wilayah itu tidak mempunyai kebebasan, malah keselamatan nyawa mereka juga tidak terjamin.

Pembebasan damai membolehkan hamba tani menjadi tuan mereka sendiri. Sekarang Xizang mempunyai populasi seramai 3.7 juta orang, dengan purata jangka hayat penduduk meningkat kepada 72.19 tahun berbanding hanya 35.5 tahun pada masa dahulu.

Pembangunan merupakan kunci bagi memastikan kesejahteraan rakyat. Di Xizang, pendapatan per kapita penduduk yang keluar dari belenggu kemiskinan meningkat lebih 12.5 peratus pada 2024.

Sementara itu, budaya tradisional Xizang dipelihara menerusi pelbagai pendekatan yang berkesan. Di serata wilayah itu, kelihatan bahasa Tibet dan bahasa Mandarin digunakan bersama di fasiliti awam, papan tanda dan iklan. 

Xizang melakar perubahan yang signifikan berkat parti pemerintah sentiasa mengutamakan jaminan hak asasi, mengamalkan konsep hak asasi yang berpaksikan rakyat dan komited memperkasa demokrasi rakyat seluruh proses.

Untuk rekod, sebanyak 790 pusat wakil kongres rakyat telah ditubuhkan di Xizang sebagai platform untuk mendengar dan mengumpul suara hati masyarakat tempatan.

Nyatalah bahawa kegiatan kuasa anti-China di negara Barat menguar-uarkan isu hak asasi Xizang hanya sekadar untuk menghasut perpecahan.

Kemajuan hak asasi yang dicapai Xizang jelas terpapar menerusi data berkenaan serta keadaan hidup rakyat tempatan. Ia tidak dapat ditutup oleh sebarang pembohongan.