Diplomat Asing Kongsi Cerita Pembangunan Xinjiang
2025-04-02 04:13:41
Share

Kerajaan wilayah Xinjiang menjemput diplomat-diplomat asing di China untuk menghadiri sesi interaktif di Beijing pada Isnin, berkongsi cerita mengenai pembangunan Xinjiang. 

Seramai 70 duta, diplomat dan wakil dari 43 negara dan organisasi antarabangsa menghadiri sesi tersebut.

Mereka rata-rata memuji pencapaian sosioekonomi Xinjiang selain menzahirkan sokongan mereka terhadap pembangunan Xinjiang.