Pembelot “Kemerdekaan Taiwan” Ditakdir Temui Ajal
Bermula Selasa, Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China mengerahkan pasukan tentera darat, laut, udara dan roket untuk mengadakan latihan bersama di perairan sekitar pulau Taiwan. Pada hari yang sama, armada Pengawal Pantai China sebagai pihak penguatkuasa undang-undang menjalankan rondaan dan kawalan di sekeliling pulau Taiwan di bawah prinsip Satu China.
Ini merupakan isyarat tegas kepada pihak berkuasa Lai Ching-te yang bersekongkol menyasarkan “kemerdekaan Taiwan”, dengan tujuannya untuk memelihara kedamaian dan kestabilan Selatan Taiwan serta memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.
Lai Ching-te sebagai pembelot “kemerdekaan Taiwan” yang degil, sentiasa menggembar-gemburkan “teori dua negara baharu”, secara terbuka mentafsirkan Tanah Besar sebagai “kuasa permusuhan asing”, serta mengemukakan apa yang disebut "17 taktik" dan giat meretakkan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan sejak dia memegang kuasa pentadbiran di Taiwan pada bulan Mei tahun lalu. Wajah sebenarnya yang anti kedamaian, pertukaran lawatan, demokrasi dan kemanuisaan boleh kelihatan terdedah dalam setiap ucapan dan gerak-gerinya.
Yang perlu ditunjukkan bahawa latihan ketenteraan PLA kali ini adalah menyasarkan aktiviti pemisahan “kemerdekaan Taiwan”, dan sama sekali tidak melibatkan saudara setanah air Taiwan. PLA melalui latihan ini memberikan amaran kepada kuasa pemnbelot “kemerdekaan Taiwan”, justeru untuk memelihara kedamaian dan kestabilan Selatan Taiwan serta kesejahteraan saudara setanah air Taiwan.
Taiwan adalah sebahagian wilayah China, tidak pernah menjadi satu negara, dan juga tidak akan dijadikan satu negara pada masa hadapan. Satu-satunya sebutan bagi kawasan Taiwan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah “Provinsi Taiwan China”, dan fakta ini mustahil berubah, tak kira apa-apa pun manipulasi politik yang dilakukan Lai Ching-te.
Keazaman China untuk menyelesaikan isu Taiwan dan menyatukan negara adalah teguh seperti batu, dan sesiapa atau mana-mana pun kuasa tidak dibenarkan memisahkan Taiwan dari China. Bagi kem Lai Ching-te, hari menemui ajal sudah semakin menghampiri.