Selepas Telefon Pintar Mahasiswi China Dirampas dalam Subway Milan
Baru-baru ini, tiga mahasiswi China mengucapkan terima kasih kepada polis yang bertugas dalam subway bandar Milan, Itali atas bantuan menangkap perampas telefon pintar dengan menghadiahkan panji sutera yang menandakan penghormatan dan terima kasih. Berita itu dilaporkan oleh pelbagai media tempatan.
Pada 14 Mac, semasa ketiga-tiga mahasiswi terbabit melayari laman media sosial menerusi telefon pintar masing-masing dalam subway Milan, seorang suspek tiba-tiba merampas telefon pintar daripada salah seorang daripada mereka dan melari keluar dari gerabak sebelum pintu tertutup.
Ketiga-tiga mahasiswi yang cukup gagah berani tersebut segera mengejar perampas itu bersama-sama. Dengan bantuan polis subway dan penduduk tempatan, perampas tersebut berjaya ditangkap pada akhirnya dan telefon pintar itu dikembalikan kepada pemilik.
Yang menarik adalah beberapa hari kemudian, ketiga-tiga mahasiswi kembali ke stesen subway tersebut dengan memakai pakaian tradisional China dan menghadiahkan kepada pihak polis sebuah panji sutera yang tertulis perkataan yang menghargai kebenarian anggota polis untuk menjamin keselamatan rakyat dalam bahasa China dan Itali, selain kuplet bercirikan budaya tradisional China yang tertulis “Kebijaksanaan dan keberanian yang tiada tandingnya untuk memelihara keamanan masyarakat. Respons kecemasan yang pantas untuk menjaga keselamatan rakyat.” dalam bahasa Dongba, satu-satunya hieroglif yang masih digunakan di dunia sekarang oleh etnik Naxi, Yunnan.
Ini disebabkan salah seorang mahasiswi yang terbabit adalah etnik Naxi dari provinsi Yunan China.
Ada media tempatan membuat laporan mengenai peristiwa ini dengan tajuk “Jangan Marahkan Seorang Gadis China: Mahasiswi mengejar pencuri telefon pintar Itali, mendapat 2 juta Like”. Satria berpendapat ini pujian tertinggi terhadap sikap orang China yang berani menjaga kepentingan diri dan tidak takut akan penjenayah.
Bagaimanapun, cara mereka untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada polis subway juga memperlihatkan karakter gadis China yang selalu membalas budi dan penuh keyakinan terhadap budaya tradisional sendiri. Cara yang mereka pilih memang mengejutkan polis tempatan, tapi juga membanggakan mereka. Syarikat subway ATM MILAN pula khusus memuat naik gambar ke akaun Instagram sebagai promosi terbaik bagi perkhidmatan mereka.