Minggu Fesyen Antarabangsa China Musim Bunga dan Musim Panas 2009 telah ditutup di Beijing pada 30 Mac yang lalu. Minggu fesyen kali ini telah memilih satu jenama Itali sebagai pertunjukan fesyen terakhirnya. Ketika menghadapi krisis kewangan ini, pelbagai jenama fesyen yang terkenal berharap mendapat keuntungan di pasaran China.
Minggu fesyen kali ini dimulakan pada 26 Mac lalu. Sebanyak 20 jenama terkenal dari dalam dan luar negara telah mempamerkan rekaan terkini mereka dan trend pembangunan fesyen dalam minggu tersebut.
Yang agak berbeza ialah, dalam minggu fesyen kali ini ialah ramai pereka fesyen yang masih berbelajar telah menyertai pertunjukan fesyen dengan karya masing-masing. Sebuah pertunjukan yang bertema "80's.com" yang diadakan oleh lulusan Institut Pakaian Beijing telah membawa penonton untuk menghayati rekaan baru yang dihasilkan oleh belia yang dilahirkan pada tahun-tahun 1980. Pada 29 Mac pula, persembahan oleh lulusan dari Universiti Politeknik Zhejiang telah diadakan. Gambar-gambar di bawah ini ialah petikan daripada pertunjukan fesyen oleh lulusan universiti tersebut.