Mi Pes Kuning Kacang Soya bersejarah lama, dan merupakan makanan yang berciri Beijing. Bahan utama makanan ini adalah mi.
Mi Pes Kuning Kacang Soya mencerminkan keistimewaan Beijing lama. Rupanya agak biasa tapi memasaknya agak rumit.
Bahan:
Mi, daging lembu, pelbagai jenis sayuran, minyak, bawang hijau, halia, gula, pes kuning kacang soya dan minyak bijan.
Cara Memasak:
1, potong daging lembu dalam bentuk dadu
2, panaskan minyak dan masukkan daging. Apabila daging masak, masukkan bawang hijau dan halia dan gorenglah hingga wangi. Masukkan pes kuning kacang soya dan sedikit air panas.
3, gorenglah perlahan-lahan dengan api yang sederhana. Masukkan gula sedikit apabila baunya sudah wangi. Ketika warna pes kuning kacang soya menjadi merah dan kehitam-hitaman, masukkan bawang hijau dan minyak bijan
4, akhirnya, campurkan mi dengan pes kuning kacang soya yang sudah masak, bersama pelbagai jenis sayuran. Sekarang, Mi dengan Pes Kuning Kacang Soya siap untuk dihidangkan.