1.Napkin diletakkan di atas paha anda
Sebaik sahaja duduk, ambil napkin dan buka lipatannya. Lipat dua napkin tersebut dan letakkan di atas paha anda. Janganlah melakukan perkara-perkara aneh, seperti menyelitkan napkin di leher baju anda.
2. Napkin tidak perlu dilipat dengan baik setelah selesai makan
Selepas selesai makan, berdiri dan angkatlah napkin itu dari paha anda Janganlah digumpal atau dilipat napkin tersebut, memadai dengan hanya meletakkannya begitu sahaja di atas meja, iaitu, di sebelah kiri anda. Jikalau ada "tuan rumah", tunggulah sehingga beliau meletakkan napkinnya di atas meja, barulah anda berbuat demikian untuk menandakan majlis sudah selesai.
3. Sekiranya anda perlu meninggalkan tempat duduk, letakkan napkin anda di atas kerusi untuk menandakan yang anda akan kembali. Sebenarnya, kaedah yang paling baik ialah menggunakan pinggan dan garpu untuk menekan sebahagian napkin tersebut dan biarkan ia terjuntai di tepi meja. Bagaimanapun, bahagian yang kotor pada napkin tersebut hendaklah dilipat ke dalam.