Cari:
A Lai yang Memahami Etnik Tibet
2010-05-12 17:50:06 CRI Cetak

Dalam bayangan orang ramai, gunung salji, dataran tinggi dan agama Buddha Tibet…semua perkataan yang penuh misteri itu menjadi tanda kebudayaan Tibet yang istimewa. Penulis etnik Tibet, A Lai mengisahkan banyak cerita yang sederhana melalui pengalaman hidupnya di kawasan kediaman etnik Tibet selama 30 tahun.

A Lai dilahirkan di desa Matang, kaunti Maerkang, kawasan kediaman etnik Tibet di barat laut provinsi Sichuan. Ibunya etnik Tibet dan bapanya etnik Hui. Maerkang merupakan sebahagian daripada Dataran Tinggi Sichuan-Tibet. Generasi etnik Tibet hidup di sana dengan menternak dan bercucuk tanam. Dataran yang luas dan sunyi itu memberikan satu perasaan yang istimewa kepada A Lai. Kata beliau,

"Saya tinggal di atas gunung. Selain anggota keluarga, saya tidak akan bertemu orang lain selama 4 atau 5 hari. Ini bermaksud jika saya tidak bercakap dengan kambing, batu, rumput dan burung, saya mungkin akan menjadi bisu. Walau bagaimanapun, secara beransur-ansur saya merasakan bahawa alam di sekitar saya adalah hidup. Ia dapat menyampaikan maklumat, malah mempunyai perasaan."

Kebudayaan misteri dan cerita legenda di sini memberikan inspirasi penggubahan yang tidak putus-putus kepada A Lai.

Pada suatu hari, ketika beliau duduk di depan jendela, memandang ke arah pokok birch di gunung yang jauh, sambil mendengar bunyi siulan burung dari desa, maka tumpuan beliau terhadap sejarah tempatan pada tahun lalu memberikan satu inspirasi kepada beliau. Ayat pertama "Debu Mendap ke Bumi" dihasilkannya.

Menurut A Lai, "Debu Mendap ke Bumi" merupakan karya beliau yang sangat disarankan.

"Saya menyarankan 'Debu Mendap ke Bumi', kerana ia merupakan kesimpulan yang baik mengenai sejarah Tibet pada zaman moden."

"Debu Mendap ke Bumi" menggambarkan tentang masyarakat etnik Tibet yang mengamalkan sistem suku kaum dengan pandangan anak lelaki yang "bodoh" dari ketua suku kaum, mempamerkan perubahan sejarah etnik Tibet pada zaman yang moden. Karya itu berjaya mendapat Hadiah Mao Dun, iaitu anugerah tertinggi cerita sederhana dan panjang di China pada tahun 2000. A Lai juga menjadi satu-satunya pengarang etnik Tibet yang memperoleh hadiah tersebut dalam sejarah. Sekarang, cerita itu sudah diterjemahkan ke dalam 16 bahasa dan diedarkan di seluruh dunia.

A Lai mempunyai pengalaman sebagai petani, pekerja pengairan, dan pemandu traktor. Selepas peperiksaan untuk masuk ke institut pengajian tinggi dipulihkan di China, A Lai diterima masuk ke sekolah perguruan, dan menjadi seorang guru di desa. Sebagai seorang anak muda yang mempunyi impian, A Lai meninggalkan Padang Rumput Aba, tempat asal beliau selama 30 tahun dan menjadi seorang editor di majalah "Dunia Cereka Sains" di Chengdu pada tahun 1997. Dalam tempoh 10 tahun bertugas sebagai editor, A Lai naik pangkat dari editor ke ketua editor dan dilantik sebagai pengerusi majalah itu. Sekarang, majalah "Dunia Cereka Sains" telah menjadi salah satu majalah yang paling popular di seluruh dunia.

Bermula dari tahun 1980-an, A Lai menerbitkan kumpulan puisi yang bertajuk "Sungai Suomo", certia panjang "Debu Mendap ke Bumi", "Gunung yang Kosong" dan "Maharaja Gesar". Walaupun karya beliau tidaklah banyak berbanding pengarang lain, namun, semua karyanya merupakan karya popular.

Menyentuh tentang pengaruh saster terhadap dirinya, A Lai berpendapat, sastera mampu meluaskan pandangan dan memperkaya pengalaman beliau.

Sekarang, A Lai menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Pengarang Provinsi Sichuan. Namun, beliau menggunakan banyak masanya untuk memandu di kawasan etnik Tibet, melihat orang Tibet di kampung halamannya dan perubahan yang berlaku di sana. Beliau juga meneruskan usahanya berkarya untuk mengisahkan bagaimana orang Tibet melalui perubahan menurut perubahan zaman.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China