Cari:
Empat Jenis Sayur yang Sesuai Dimakan pada Musim Panas
2010-07-15 10:16:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Asparagus

Makan banyak sayur yang mengejukkan amat baik bagi badan kita pada musim panas ini. Sayur yang rasanya pahit serta labu berfungsi sebagai pembunuh kuman.

Sayur yang mempunyai kualiti menyejukkan boleh membantu badan kita mengeluarkan bahan toksik dan mengurangkan rasa panas di dalamnya. Tomato, terung, daun salad, asparagus dan saderi merupakan antara sayur yang dapat menyejukkan badan.

Saderi

Kepanasan sekarang ini akan mengakibatkan kita hilang selera, oleh sebab itu, kita perlu banyak makan sayur yang pahit rasanya, seperti salad, daun selada, kekwa, saderi, jintan manis, daun ketumbar, labu pahit dan daun lobak serta alga. Sayur tersebut berfungsi sebagai eleman yang menyejukkan dan mehilangkan panas badan serta boleh mengelakkan daripada penyakit gastritis dan disenteri.

Labu Pahit

Musim panas merupakan musim yang jangkitan penyakit usus kerap berlaku. Maka, kita juga perlu banyak makan sayur yang berfungsi sebagai pembunuh kuman, seperti bawang putih atau pelbagai jenis bawang yang lain. Sayur jenis tersebut mengandungi bahan pembunuh kuman yang hanya terdapat tumbuh-tumbuhan. Ia boleh mengawal pelbagai jenis kuman. Antaranya, makan bawang putih mentah paling berkesan.

Sup labu Putih China

Sayur labu, seperti labu putih China, timun, loofah dan labu pahit mengandungi lebih 90% air, lebih-lebih lagi, labu putih China kandungan airnya hampir 96%. Sekiranya seseorang itu makan 500 gram sayur labu setiap hari bermakna ia minum 450 miligram air yang bermutu tinggi setiap hari. Selain itu, semua labu yang mengandungi banyak kalium dan sedikit natrium ini boleh merendahkan tekanan darah dan berfungsi sebagai pelindung bagi saluran darah dalam badan manusia.

timun

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China