Cari:
Siapakah akan Jadi Pemain Ikon Skuad Badminton Wanita China
2010-08-19 09:53:16 CRI Cetak

Setelah Zhang Ning dan Xie Xingfang mengundurkan diri dari gelanggang badminton seorang demi seorang, perdebatan tidak henti-henti sejak sekian lama berhubung isu siapakah akan menjadi pemain ikon yang baru dalam skuad wanita China ini. Malah, perdebatan itu menjadi semakin hangat selepas skuad wanita China gagal merebut Piala Uber 2010 dan pada saat ini, iaitu ketika menghadapi "ketuk-ketuk" Sukan Olimpik 2012 di London. Dari enam pemain muda yang mula menunjukkan kecemerlangan mereka setelah berakhirnya Sukan Olimpik 2008 di Beijing, iaitu Wang Yihan, Wang Xin, Wang Shixian, Jiang Yanjiao, Wang Lin dan Lu Lan, siapakah yang akan menunjukkan keunggulan yang menyakinkan sehingga menjadi pemain ikon yang baru? Jawapan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua baik tokoh dari kalangan badminton, mahupun di kalangan peminat.

Setelah mengakhiri pertandingan dalam kejohanan Piala Thomas dan Uber pada bulan Mei lalu, Skuad Badminton China setibanya di tanah air, segera membuat rumusan secara menyeluruh terhadap permainan anggotanya. Tumpuan utama diberikan terhadap apakah punca kegagalan meraih Piala Uber dan bagaimana memupuk pemain ikon bagi acara perseorangan dalam skuad wanita.

Dalam sekali taklimat yang diadakan baru-baru ini, setiap anggota dari Skuad Badminton China yang merangkumi kelima-lima acara, baik pasukan pertama mahupun pasukan kedua, diberi satu borang pungutan suara yang bertema "Apa pandangan anda terhadap bakal pemain ikon dalam pasukan perseorangan wanita?" Pungutan suara tersebut melibatkan 14 acara termasuk ambisi, penyusunan strategi, kecerdasan, besar hati, keazaman karier, watak yang terbuka, bakat, rajin dan sebagainya. Selain itu, masih terdapat soalan-soalan yang terbabit: apakah anda berkeyakinan untuk berkembang menjadi pemain ikon? Apakah kelebihan dan kelemahan yang anda miliki jika bersedia untuk menjadi seorang pemain ikon? Siapakah yang mampu menjadi pemain ikon bagi acara perseorangan wanita, menurut pandangan anda?"

Menyentuh pungutan suara yang tercatat nama respondan kali ini, Zhang Ning, selaku ketua jurulatih perseorangan wanita berkata, tujuannya adalah untuk mengetahui pandangan para anggota sendiri terhadap usaha memupuk pemain ikon perseorangan wanita. Penyelenggaraan kegiatan seumpama ini juga membuktikan betapa mendesaknya bagi Skuad Badminton China memupuk pemain ikon bagi acara perseorangan wanita.

Pada hakikatnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan skuad perseorangan wanita China kehilangan pemain ikonnya.

Pemain ikon bermaksud pemain itu, selain mempunyai taraf permainan yang cukup tinggi, masih perlu mempunyai keyakinan dan keazaman yang teguh dan bertanggungjawab. Pemain itu mestilah mempunyai reputasi yang tinggi dan mudah membangkitkan motivasi di kalangan para pemain. Beliau juga mesti berani tampil ke depan pada saat yang penting dan mengetuai rakan sepasukannya untuk kekal maju.

Ketika mengenang kembali sejarah perjuangan yang dilalui skuad badminton wanita China pada masa dahulu, kita mendapati sentiasa adanya pemain ikon seumpama itu, contohnya seperti Li Lingwei dan Han Aiping pada tahun 1980-an, Ye Zhaoyin dan Gong Zhichao pada tahun 1990-an, dan Zhang Ning serta Xie Xingfang yang mengekalkan kecemerlangan dari awal tahun 2000-an hingga Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Boleh dikatakan bahawa para pemain ikon tersebut memberikan sumbangan besar kepada skuad wanita China yang dapat mempertahankan keunggulannya sejak sekian lama.

Bagaimanapun, skuad wanita China tiba-tiba kehilangan pemain ikonnya selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China