
Menurut arahan tersebut, syarikat milik kerajaan pusat yang melibatkan jaringan bekalan elektrik, telekomunikasi dan petroleum diharap berusaha memulihkan perkhidmatan mereka di kawasan bencana dengan secepat mungkin. Manakala syarikat yang melibatkan industri pembinaan perlu menyediakan mesin yang diperlukan di kawasan bencana dan menghantar pasukan menyelamat ke kawasan tersebut. Selain itu, syarikat penerbangan awam, pengangkutan dan logistik perlu memastikan pengangkutan ubat-ubatan, makanan, khemah, selimut dan baju dihantar ke kawasan bencana.

Sehubungan dengan itu, syarikat-syarikat tersebut telah bertindak segera menghantar pasukan menyelamat dan barangan bantuan ke kawasan bencana.

Menurut maklumat, sekarang sudah terdapat lebih 3,000 anggota polis tentera dan 1,041 anggota tentera provinsi Qinghai yang menjalankan usaha menyelamat di Yushu. Sementara itu, kira-kira 1,600 anggota bomba dari luar provinsi Qinghai sedang dalam perjalanan menuju ke kawasan bencana dan dijangka tiba petang ini.

Pelbagai tempat di seluruh China masing-masing menghulurkan wang dan barangan untuk membantu mangsa bencana gempa bumi di Yushu.








