Kapal angkasa "Discovery" A.S. semalam pulang dari stesen angkasa lepas antarabangsa. Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan A.S. (NASA), perpisahan "Discovery" dengan stesen itu berlaku pada pukul 7:00, waktu bahagian timur A.S.( pukul 20:00 waktu Beijing).
Discovery dilancarkan pada 24 Februari dan bercantum dengan stesen angkasa lepas antarabangsa pada 26 Februari. Selepas menjalankan misi terakhir itu, Discovery akan ditempatkan di muzium untuk dipamerkan.
Kapal Angkasa Lepas "Endeavour" dan "Atlantis" A.S. juga akan menjalankan misi terakhir tahun ini. Selepas ketiga-tiga kapal angkasa A.S. itu bersara, angkasawan A.S. akan menaiki kapal angkasa Rusia menuju ke stesen angkasa lepas antarabangsa.