China akan mengambil pelbagai langkah untuk melindungi warisan budaya bukan benda di Tibet dalam tempoh lima tahun akan datang.
Naib Menteri Kebudayaan China, Yang Zhi berucap demikian ketika menghadiri Forum Budaya Tibet ke-3 di Lhasa semalam. Menurutnya, pihak berkuasa akan menyediakan dana khas dan memberi latihan kepada tenaga profesional dalam bidang tersebut.
Setakat ini, terdapat 76 budaya di Tibet disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda kebangsaan. Sejak tahun 2005, kerajaan telah memperuntukkan lebih RMB 62 juta yuan untuk melindungi warisan budaya berkenaan.








