Landasan kereta api laju terpanjang di dunia, landasan kereta api Beijing-Guangzhou yang jaraknya 2,298 kilometer mula beroperasi hari ini. Panjang keseluruhan landasan kereta api laju di China kini mencecah 9,300 kilometer.
Ketua Pengarah Bahagian Sains dan Teknologi Kementerian Kereta Api China, Zhou Li berkata, pembukaan landasan tersebut menandakan jaringan landasan kereta api laju di China mula terbentuk.
Jaringan berkenaan menghubungkan pelbagai zon ekonomi dan bakal memainkan peranan yang penting dalam penyelarasan pembangunan sosioekonomi.
Industri kereta api laju China kini berkembang paling pesat di dunia.