Presiden Myanmar, U Thein Sein semalam menyeru rakyat negara itu bekerjasama untuk mencegah rusuhan serta memelihara kestabilan dan ketenteraman masyarakat.
U Thein Sein berkata, perselisihan sivil yang biasa merebak menjadi rusuhan di bandar Meikhtila baru-baru ini. Sekumpulan individu berniat untuk menyebarkan rusuhan itu ke tempat yang lain. Beliau memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana anasir politik dan pelampau keagamaan yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan sendiri. Kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencegah rusuhan merebak ke tempat lain.
U Thein Sein menegaskan, pihaknya tidak mahu menggunakan kekerasan untuk menangani masalah itu. Namun, sekiranya nyawa dan harta benda rakyat terancam, pihaknya akan mengambil tindakan keras di sisi undang-undang.








