
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2014 di Beijing pagi tadi berkata, China mencapai kejayaan yang besar dalam pengajian dan penggunaan bahasa Melayu pada beberapa tahun kebelakangan ini. Ini menjadi asas yang baik bagi pertukaran kebudayaan dan pendidikan antara kedua-dua negara.
Menurutnya, beberapa institut pengajian tinggi di China telah menubuhkan jurusan pengajian bahasa Melayu, seperti Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing, Universiti Komunikasi China dan lain-lain. Selain itu, siaran bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) telah dipancarkan sejak 1 Mac 1959 hingga masa ini.
Persidangan kali ini bertemakan "hubungan China-Malaysia" dan disertai oleh lebih 120 sarjana dari enam buah negara.








