Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam laporan Prospek Pembangunan Asia 2017, menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Filipina bagi tahun ini dan tahun depan kepada 6.5% dan 6.7% masing-masing, setelah mengambil kira pembinaan infrastruktur dan peningkatan permintaan domestik.
Menurut laporan itu, ekonomi Filipina mengekalkan momentum pertumbuhan baik beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada tahun lalu, ekonomi Filipina mencatat pertumbuhan pada kadar 6.9%.
ADB beranggapan bahawa usaha kerajaan Filipina untuk memajukan infrastruktur turut memangkin pembangunan ekonomi, selepas satu pelan pelaburan infrastruktur berskala besar diperkenalkan pada April lalu.
Selain itu, pembaharuan sistem percukaian juga merangsang permintaan domestik.








