Cari:
"Yi Jing" Karya Klasik Paling Kuno di China
2008-11-21 18:53:01 CRI Cetak

"Yi Jing" merupakan salah satu karya klasik yang paling kuno di China. "Yi" bermakna perubahan. "Jing" bermakna cara atau klasik. Jadi "Yi Jing" ialah karya klasik yang mengisahkan perubahan.

Di China sendiri pun, "Yi Jing" tetap menjadi misteri bagi kebanyakan orang. Ilmu tilik yang berdasarkan buku ini mempunyai pengaruh besar dalam kalangan rakyat China. Sebenarnya, buku ini merupakan hasil pemikiran orang China pada zaman kuno terhadap astronomi, geografi dan pelbagai fenomena alam. Siapa penulis "Yi Jing" yang sebenarnya hingga kini belum dapat dipastikan. Kebanyakan orang percaya buku ini disusun oleh Ji Dan, ahli politik dan sarjana terkenal pada sekitar abad ke-11 sebelum Masihi berdasarkan pengalaman kalangan rakyat selama ratusan tahun.

Buku ini cuba menjelaskan peraturan perubahan alam semula jadi dan merumuskan bahawa peraturan itu juga sesuai dengan perkembangan masyarakat manusia dan pembesaran seseorang. Inti kandungan "Yi Jing" ialah: dunia sentiasa mengalami perubahan, jadi manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan itu untuk mendapatkan manfaat dan menghindari kemalangan. Pandangan ini sebenarnya merupakan asal usul teori bahawa "manusia dan alam semula jadi hidup bersama-sama secara harmoni dalam ilmu falsafah China. Fikiran Konfusianisme dan Taoisme yang timbul selepasnya semuanya mewarisi dan mengembangkan teori tersebut. Semua orang yang berminat kepada falsafah tempatan China pasti akan membuat penyelidikan yang mendalam terhadap karya klasik tersebut.

"Yi Jing" telah membawa pengaruh yang besar kepada pembangunan kebudayaan China. Banyak ilmu falsafah dan pepatah dalam buku ini yang masih digunakan dengan meluas dalam kehidupan orang China hingga kini. Orang Barat mula menterjemah "Yi Jing" pada abad ke-15. Sekarang, "Yi Jing" telah menjadi salah sebuah karya klasik kuno China yang mempunyai edisi bahasa yang paling banyak.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China