Cari:
Kisah Ouyang Xiu, Sasterawan  Tersohor pada zaman Dinasti Song Utara
2009-02-25 11:58:42 CRI Cetak

"Catatan Pavilion Pak Mabuk" merupakan karya yang mewakili seluruh kerya Ouyang Xiu. Beliau menyatakan rasanya dengan kata-kata yang lembut melalui gambaran persekitaran alam yang indah dan suasana masyarakat yang hormoni. Ketika itu, Ouyang baru diturunkan pangkatnya. Tetapi beliau berasa selesa kerana cita-citanya yang sukar dicapai sebelum itu, boleh dicapai ketika beliau bertugas sebagai Datuk Bandar Chuzhou yang agak rendah statustnya. Beliau mencapai kejayaan yang memuaskan dan dapat disenangi oleh masyarakat tempatan.

Dalam karangan tersebut, Ouyang Xiu merujuk dirinya sebagai "Pak Mabuk" dan menyatakan rasa selesanya dalam suasana yang harmoni di tempat yang jauh dari bandar. Beliau bersikap terbuka untuk mengelakkan gangguan akibat bermacam-macam urusan rutin dan meletakkan keselesaan mentalnya pada pemandangan alam yang indah.

"Pak Mabuk berfokus pada keindahan alam, kecuali arak yang diminumnya" merupakan ayat yang berpunca dari karangan tersebut sudah terkenal di seluruh China secara turun-temurun.

Ouyang Xiu mencapai kecemerlangan yang menakjubkan dalam bidang kesusasteraan dengan kejayaannya mencipta sejumlah lebih 500 prosa yang beaneka ragam .

----DAZHONG


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China