Cari:
Rubah Gunakan Kegarangan Harimau untuk Menipu
2009-07-08 16:55:24 CRI Cetak
Menurut ceritanya, seekor harimau yang terlalu lapar sedang mencari makan di merata-rata tempat dalam hutan. Kebetulan, ditemuinya seekor rubah yang sedang bersiar-siar di dalam hutan itu. Sang harimau pun segera menangkap rubah itu, dan dengan gembiranya ingin menikmati daging rubah yang sedap itu. Bagaimanapun, ketika itu, sang rubah yang ditangkap itu berkata kepada harimau itu: "Hai sang harimau. Aku pasti awak tidak berani memakan aku. Aku diperintahkan oleh maharaja di kayangan untuk menjadi Raja Binatang di bumi. Jika awak memakan aku, awak pasti dijatuhi hukuman berat kerana melanggar titah perintah Maharaja Kayangan."

Sang harimau itu berasa ragu-ragu terhadap kata-kata rubah itu. Bagaimanapun, ia tidak tahu bagaimana menangani binatang yang ditangkapnya itu, sedangkan perutnya terlalu lapar. Ketika melihat kelengahan sang harimau itu, sang rubah itu terus berkata:

"Adakan awak tidak percaya kepada apa yang aku katakan tadi? Kalau begitu, biarlah aku berjalan di depan awak, dan awak mengekor di belakangku. Cubalah awak lihat reaksi binatang-binatang liar yang melihatku nanti. Mereka pasti menundukkan kepala kepadaku atau segera melarikan diri."

Sang harimau berasa cadangan rubah itu agak masuk akal. Maka, ia terus berjalan dengan mengekor di belakang rubah itu. Menanglah benar, apabila terlihat akan mereka, semua binatang liar amat takut, dan segera melarikan diri ke merata-rata tempat. Bagaimanapun, sang harimau itu tidak tahu bahawa mereka melarikan diri kerana takut kepada kegarangannya. Ia berpendapat bahawa binatang tersebut benar-benar takut kepada rubah itu.

Cerita teladan ini menasihati kita supaya mempunyai visi untuk menyisihkan yang palsu dan mempertahankan yang benar. Jika tidak, kita akan mudah tertipu oleh mereka yang asyik menipu orang dengan menggunakan nama orang yang berwibawa, seperti pengalaman sang harimau dalam cerita tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China