Meniru Gaya Berjalan di Handan
Pada Zaman Negara-negara Berperang (475-221 sebelum Masihi), di Shouling, Negeri Yan, ada seorang budak lelaki yang mengetahui bahawa orang Handan, ibu Negeri Zhao, berjalan dengan bergaya. Maka, dia pun pergi ke sana untuk mempelajari gaya mereka berjalan.
Ketika di Handan, tiap-tiap hari, dia memperhatikan cara orang tempatan itu berjalan, dan mencontohi gaya mereka dengan bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, walau dengan apa cara pun dilakukannya, dia bukan sahaja gagal menguasai gaya mereka berjalan, malah ia lupa gaya berjalannya sendiri. Maka, dia terpaksa merangkak untuk balik ke kampungnya.
Episod ini menasihati kita agar jangan meniru kelebihan orang lain secara membuta tuli. Jika membuang kelebihan dan keunikan sendiri begitu saja, kita pasti akan mengalami kerugian.