Cari:
Pelakon Opera Peking, Yu Kuizhi (2)
2009-11-24 14:42:37 CRI Cetak

Watak "Laosheng" Yang Dilakonkan oleh Yu Kuizhi

Menurut tradisi dalam arena Opera Peking, generasi muda biasanya berguru kepada orang yang lebih tua dalam kelompoknya. Namun, Yu Kuizhi tidak berguru. Beliau melawat seniman "Laosheng" yang terkenal dalam kalangan Opera Peking.

Dengan itu, Yu Kuizhi dapat belajar berlakon banyak opera yang klasik, dan menjadi terkenal dalam golongan pemain yang muda. Pada tahun 1985, seniman tua terkenal, Yuan Shihai memecahkan tradisi opera, dengan memberikan kedudukan kepada pelakon muda, dan memilih Yu Kuizhi untuk berlakon opera bersama dengan beliau. Selepas itu, Yu Kuizhi semakin popular dan mendapat lebih banyak peluang untuk tampil ke pentas.

Pada tahun 1987, Yu Kuizhi yang berusia 26 tahun itu telah menerima anugerah pelakon terbaik dalam Pertandingan Pelakon Muda Opera Peking Seluruh China. Pada tahun 1988 pula, beliau telah mengetuai kumpulan untuk membuat persembahan di Hong Kong. Dengan itu, beliau sudah benar-benar menjadi pelakon utama. Pada tahun-tahun berikutnya, beliau telah berjaya memperoleh anugerah dalam beberapa banyak pertandingan Opera Peking.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China